Tuesday, June 23, 2015

Mana pilihan anda? akaun pelaburan emas atau emas fizikal

Ramai orang baru yang nak beli emas, tapi risau nak simpan di mana. Kalau simpan duit dalam Akaun Pelaburan Emas di bank, tak perlu pegang emas dan selamat dari risiko kecurian. Jadi adakah lebih baik melabur dalam Akaun Pelaburan Emas (GIA) di bank berbanding beli emas fizikal? Ini antara persoalan orang baru berjinak dengan emas tanya saya.
Kalau tanya saya dan mereka yang pakar tentang emas, majoriti mereka syorkan beli emas fizikal samada berbentuk gold bar atau syiling emas (termasuk dinar). Sebabnya, beli emas dapat emas. Emas tu betul-betul wujud depan mata. Emas tu kita simpan sendiri. Sedangkan Akaun Pelaburan Emas, beli emas tapi cuma dapat kertas dan nombor jer. Kalau macam tu, lebih baik simpan duit dalam Tabung Haji jer sebab kita tak dapat ‘kuasa’ sebenar yang ada pada emas i.e. yang membuatkan penyimpannya bertambah kaya.

Cara Simpan Emas Dengan Selamat

Dari sudut simpanan sebenarnya tak perlu risau. Ikut jer panduan yang saya syorkan dalam artikel “Cara Simpan Emas Dengan Selamat”. Bagi pembeli emas Public Gold, kalau tak tahu mana nak simpan, boleh jer simpan dengan Public Safe dengan caj cuma 1% setahun melalui servis Allocated Gold Storage Service (“AGSS”). Bagi saya, simpan emas dengan servis AGSS ni adalah pilihan terakhir sebab kos dia agak mahal berbanding sewa sendiri safe deposit box. Cuma kelebihan AGSS ialah kita boleh beli secara online, dan jual pun secara online. Tak perlu datang ambil emas di office Public Gold. Bila nak pakai duit, boleh jual balik secara online kepada Public Gold. Kalau nak ambil emas fizikal tu pun boleh, dan Public Gold tak kenakan sebarang caj tambahan.

7 Kelebihan Emas Fizikal

Kenapa saya sangat syorkan emas fizikal? Sebabnya ada 7 kelebihan utama emas fizikal berbanding Gold Investment Account (GIA) iaitu:
  1. Peluang ‘rolling’ duit untuk bisnes
  2. Peluang jana keuntungan bila harga jatuh
  3. Duit simpanan lebih bertahan lama
  4. Urusan dan waktu jual beli fleksibel
  5. Selamat dari dibekukan oleh bank
  6. Selamat dari bencana kewangan
  7. Simpanan emas patuh syariah

#1 – Peluang ‘Rolling’ Duit Untuk Bisnes

Bila ada emas fizikal, duit kita tak beku macam pelaburan lain sebab emas tu ada di tangan kita sendiri. Kita boleh dapatkan PINJAMAN SEGERA dari ar-rahnu pada bila-bila masa kita perlukan duit tunai. Tak perlu tunjuk slip gaji pun, cuma serahkan emas tu jer sebagai cagaran. Lepas ar-rahnu sahkan timbangan dan ketulenan emas tu, kita boleh dapat pinjaman sehingga 70% daripada nilai semasa emas tu. Secara detailnya, boleh baca panduan yang saya sediakan dalam artikel “Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu”.
Walaupun ia digadai, emas tu tetap milik kita. Kalau harga emas naik, kita boleh nikmati kenaikan harga tu walaupun emas tu masih dalam simpanan ar-rahnu.
Kalau orang berniaga, dia boleh manfaatkan pinjaman tu untuk pusing modal bisnes. Bila dapat ‘projek’ yang menguntungkan, pajak jer emas tu untuk dapatkan pinjaman. Lepas selesai urusniaga, tebus balik emas tu secepat mungkin sebab caj pinjaman ar-rahnu dikira secara bulanan. Hasil keuntungan bisnes tu boleh cover bayar kos pinjaman sekitar 1.15% sebulan.
buku akaun bankDuit yang dilabur dalam Akaun Pelaburan Emas, duit tu beku macam tu jer. Yang ada cuma kertas dan nombor jer. Ia tak laku untuk gadaian sama macam akaun bank yang lain juga.

#2 – Peluang Jana Keuntungan Bila Harga Jatuh

Kalau Akaun Emas, bila harga jatuh, kita rugi dan tetap rugi. Tak boleh buat apa-apa dah sebab kita hanya ada kertas dan nombor jer. Kita tak memiliki emas sebenar.
Tapi bagi pemilik emas fizikal, bila harga emas jatuh mendadak, kita boleh dapatkan pinjaman ar-rahnu untuk beli lagi emas pada harga rendah. Biasanya, bila harga emas jatuh mendadak, dia akan naik balik (ke paras sebelum kejatuhannya) dalam tempoh 3 – 6 bulan. Bila harga naik, emas yang dibeli dengan pinjaman ar-rahnu tu boleh dijual pada harga mahal. Kita dapat untung tunai, dan sebahagian hasil keuntungan tu boleh guna untuk bayar kos upah pajakan.
5 tahun harga emasPenyimpan Akaun Pelaburan Emas ‘terperangkap’ dengan kejatuhan harga emas 2013 tetapi pemilik emas fizikal masih boleh ‘rolling’ emas mereka.
Teknik ni saya panggil teknik “untung secupak, rugi segantang”. Kalau harga emas naik, anda untung secupak. Tapi kalau harga emas tak naik dalam tempoh pinjaman ar-rahnu, anda akan rugi segantang! (“,) Boleh baca artikel saya tentang teknik ni di “5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat”.
Jadi, jangan suka-suka hati pajak melainkan anda tahu kira-kira dan risikonya.

#3 – Duit Simpanan Bertahan Lebih Lama

Orang yang simpan duit dalam Akaun Pelaburan Emas, duitnya sangat berisiko dari kebocoran, sama macam dia simpan duit dalam akaun bank. Dia rasa dia beli emas, tapi hakikatnya dia tak dapat kuasa sebenar yang ada pada emas iaitu mengelakkan kebocoran wang, dan kekayaan makin bertambah.
Rata-rata orang yang jenis simpan emas yang saya jumpa, sebab utama mereka beli emas sebab nak elakkan kebocoran wang. Katanya kalau simpan duit di bank, duit tu cepat habis. Kalau simpan emas, duit tu lebih bertahan lama. Ia buka soal kira-kira, tapi kesan psikologi. Sekali beli emas, dia nak beli lagi. Rasa nak kumpul banyak lagi sebab emas tu cantik. Memang Tuhan buat manusia tu sukakan emas.
testimoni seronok simpan emas
Bila nak pakai duit, rasa sayang nak jual. Kalau terpaksa jual, dia akan cari balik duit untuk beli balik emas tu. Tabiat suka menyimpan dan kumpul emas itulah yang membuatkan penyimpan emas kekal kaya dan bertambah kaya.

#4 – Urusan dan Waktu Jual Beli Fleksible

Kalau simpan dalam Akaun Pelaburan Emas, urusan jual belinya tertakluk pada waktu bank dan hari bekerja jer. Urusan jual beli pun hanya dengan bank tertentu jer. Berbeza dengan emas fizikal. Urusan jual belinya tak tertakluk waktu bank dan hari bekerja sahaja. Hari cuti, hujung minggu, waktu malam, bahkan kalau pergi oversea pun, emas tu boleh dijual beli. Asalkan ia emas, asalkan ia tulen jer.
Dalam banyak-banyak emas fizikal, emas Public Gold paling senang urusan jual belinya. Anda boleh booking harga 24 jam sehari samada nak beli atau nak jual balik. Bila nak jual balik, boleh jual kepada mana-mana dealer Public Gold terdekat 24 jam sehari dan boleh dapat duit on-the-spot. Tak perlu tunggu office Public Gold buka baru boleh jual.

#5 – Selamat Dari Dibekukan oleh Bank

1 dinar emas public gold in handMenurut pakar precious metal Mike Maloney, emas (dan perak) satu-satunya aset kewangan yang tak berada dalam sistem kewangan. Hanya kita jer tahu berapa banyak emas yang kita ada. Tak siapa tahu bahkan bank mahupun kerajaan. Dan sepanjang saya jadi dealer emas, memang ada beberapa orang yang dah diisytiharkan bankrap datang membeli emas dengan saya. Katanya, itu sahajalah simpanan paling selamat daripada ianya dibekukan oleh kerajaan. Bank dan kerajaan tak boleh bekukan emas tu sebagaimana akaun dan pelaburan tunai yang lain. Kalau Akaun Pelaburan Emas, ia akan senasib dengan akaun-akaun bank yang lain.

#6 – Selamat Dari Bencana Kewangan

Point no. 5 tu tentang kes kita bangkrup. Point ke-6 ni tentang kes bank pula yang bankrup. Ramai orang tak tahu, Akaun Pelaburan Emas di bank tak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sebagaimana duit simpanan biasa. Kalau bank bermasalah atau bankrup, yang tinggal cuma buku dan nombor yang tak lagi bernilai. Perkara ni boleh terjadi kalau berlaku bencana ekonomi yang menjejaskan sistem kewangan sebagaimana saya terangkan dalam artikel “Emas Penyelamat Bencana Kewangan“. Masa tu, banyak bank-bank bermasalah sebagaimana krisis kewangan 1997. Pada masa itu, Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa arahkan bank-bank di Malaysia digabungkan untuk mengukuhkan semula institusi perbankan di Malaysia. Berbeza dengan emas fizikal. Emas yang kita miliki tu selamat dalam simpanan kita sendiri, insyaAllah.
pelaburan emasIni salah satu terma yang jarang orang semak sebelum buka Akaun Pelaburan Emas di bank.

#7 – Simpanan Emas Patuh Syariah

Hampir kesemua Akaun Simpanan Emas tak disahkan patuh syariah kecuali Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi Bank jer buat masa ini. Antara faktor yang bermasalah sebab emas tu pada hakikatnya ‘tak wujud’ ketika proses jual beli atau memang ‘tak wujud’ langsung. Beli emas, tapi dapat kertas jer. Dan kita tak dibenarkan mengeluarkan emas fizikal. Isu syariah tentang Gold Investment Account (GIA) pernah diulas oleh Ustaz Zaharuddin dalam artikel “Hukum Akaun Pelaburan Emas di Malaysia“.
Kalau emas fizikal, urusan jual belinya jelas. Beli emas, dapat emas. Dan emas tu hak kita sepenuhnya. Kita bebas untuk jual beli, simpan sendiri, pajak ataupun gigit (“,) sebab kita memiliki emas sebenar.
Screen Shot 2014-04-30 at 9.33.23 AMKFH, Akaun Pelaburan Emas terbaik buat masa ini.
Tips kalau anda pilih Akaun Pelaburan Emas juga, pastikan ianya patuh syariah. Antara KFH dan Al-Rajhi bank, saya nampak KFH lebih baik sebab harga lebih murah, spread lebih rendah. Kos simpanan pun percuma. Kita bebas untuk keluarkan emas fizikal atau simpan jer di bank. Tapi kena ingat, jangan sesekali pajak emas KFH tu sebab emas tu berseal plastik kekal. Kalau pajak juga, seal tu akan dibuka dan anda terpaksa rugi susut nilai sebanyak 25%! KFH tak akan beli balik emas tu. Anda hanya boleh jual balik emas tu di kedai emas jer sebagai “emas terpakai”.
Wallahu a’lam.


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2014/04/akaun-pelaburan-emas-atau-emas-fizikal.html#ixzz3dwcSt2VI

keistimewaan emas sebagai simpanan

Harga emas dah naik sedikit berbanding 2, 3 bulan lepas. Sesiapa yang nak ambil keuntungan, dah boleh jual sekarang. Siapa beli emas 3 bulan lepas, kalau jual hari ni, saya anggarkan keuntungan bersih at least 3% (dalam tempoh 3 bulan). Ia lebih untung dari simpan dalam Tabung Haji atau ASB (untuk situasi ini). Walaupun harga dah naik, saya tetap macam dulu. Saya tak jual emas-emas saya. Saya ialah “penyimpan emas”, saya bukan “trader”. Harga emas naik, saya happy. Harga emas turun, saya lagi happy. Yang saya tak happy hanya bila kepingan-kepingan emas saya tak bertambah dari tahun ke tahun.
Ramai orang tanya saya, kalau beli emas tapi tak jual-jual, mana untungnya? Saya tanya orang tu balik, kalau simpan duit banyak-banyak dalam bank tu, apa untungnya? Dapat dividen? Betul dapat dividen, tapi dengan risiko inflasi dan kemerosotan ringgit, bagi saya dividen tu tak berbaloi. Lebih baik saya simpan emas kalau untuk simpanan jangka panjang.
Itulah jawapan saya kenapa golongan “penyimpan emas” tak jual emas-emas mereka. Mereka jadikan emas sebagai salah satu bentuk SIMPANAN jangka panjang. Bila kita sebut “simpanan”, tujuannya untuk (1) digunakan ketika kecemasan atau (2) pelaburan masa depan. Selagi tak ada keperluan untuk digunakan, lebih baik simpan jer emas-emas tu.
Untuk simpanan jangka panjang, saya secara peribadi lebih suka simpan emas berbanding membiarkan dalam bentuk tunai di bank, sebab:
  1. Emas kalis inflasi
  2. Mudah dicairkan – emas adalah tunai
  3. Kekayaan di tangan kita
  4. Boleh dijadikan modal pusingan
  5. Ia aset mudah alih – mobile
  6. Kekayaan bertahan lama

#1 – Emas Kali Inflasi

Zaman Nabi dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sekarang ni, harga 1 dinar sekitar RM670. Secara relatifnya, ia masih mampu beli seekor kambing. Kalau 30 tahun dulu, budak-budak sekolah boleh bawa duit 50 sen sehari, cukup untuk mereka makan kenyang. Tapi hari ni, 50 sen tu hanya mampu untuk beli segelas air sirap sahaja. Maksudnya hari ni, kebulur la anak-anak kalau kita masih berikan duit sekolah 50 sen sehari. Nampak tak kesan inflasi ke atas emas berbanding duit kertas?
1 dinar seekor kambing zaman nabiNisbah emas 1 dinar dengan kambing, tak berubah sampai bila-bila. Nilainya terletak pada fizikalnya. Tapi dimanakah nilai sebenar duit kertas?

#2 – Senang Ditukar Kepada Tunai

Emas senang ditukar kepada tunai. Bagi saya, emas macam duit tunai juga. Ia aset fizikal yang paling mudah dicairkan. Bila simpan emas, kita tak perlu risau kalau nak pakai duit. Emas tu boleh dijual pada bila-bila masa, dan di mana sahaja. Kalau bawa emas tu ke oversea pun, ia tetap laku sebab ia emas. Ia “international money” yang diterima sejak zaman berzaman. Kalau sayang nak jual emas tu, boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Lepas tu cari balik duit untuk tebus emas tu.
dinar 916 public goldEmas adalah duit tunai dalam bentuk berbeza.

#3 – Kekayaan Di Tangan Kita

Bila simpan emas, hakikatnya kekayaan tu ada ditangan kita sendiri. Apa pun berlaku di luar sana, selagi emas tu ada di tangan kita, pendek kata, kekayaan tu memang ada dengan kita sendiri sebab nilai emas terletak pada BERAT DAN KETULENAN emas tu sendiri. Berbeza dengan duit kertas. NILAI SEBENAR duit kertas bukan pada kertasnya, tapi ia terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi dan politik negara.
Masih ingat tak duit syiling seinggit dulu? Bank Negara dah buat penetapan, ianya tak lagi sah untuk digunakan sebagai duit hari ini. Ia hanya sekeping logam yang tidak lagi bernilai. Siapa yang masih simpan duit seringgit lama tu, hari ni dah tak laku lagi dah.
Lagi satu peristiwa, masih ingat lagi tak Ringgit Malaysia pernah jatuh nilainya sebanyak 50% setahun lepas krisis kewangan 1997? Sejak krisis itu, Ringgit Malaysia telahpun mengalami KEJATUHAN KEKAL sebanyak 30% berbanding US Dollar. Jadi kalau simpan duit banyak-banyak, hakikatnya kita memiliki kekayaan secara ‘maya’. Ia bukan duit yang sebenar, hinggakan Robert Kiyosaki dalam bukunya gelarkan duit kertas sebagai “funny money”. Ianya dianggap “funny” sebab ia dikeluarkan tanpa dibackup dengan apa-apa aset fizikal. Duit yang meyimpan nilai sebenar antaranya ialah emas.
duit syiling seringgitDuit syiling ini dah tak laku hari ini.

#4 – Boleh Dijadikan Modal Pusingan

Bila simpan duit di bank, sebenarnya duit kita dipusing oleh bank dengan bagi pinjaman kepada orang lain (atau kepada kita sendiri!) dengan caj keuntungan yang tinggi. Bank-bank ada target mereka sendiri. Mereka mesti pinjamankan duit tu untuk menjana keuntungan. Sebab tu bank pun ada “sales person” sendiri untuk ‘jual’ pinjaman-pinjaman mereka. Mereka mesti pusingkan duit yang kita simpan tu.
Berbeza dengan emas. Kita boleh pusing kekayaan kita sendiri. Kalau orang berniaga, emas tu boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk rolling, pajak jer emas tu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes). Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Kita tak berpeluang ‘curi’ duit bisnes seratus dua untuk berbelanja kegunaan peribadi (ingat, duit bisnes bukan duit peribadi) sebagaimana duit tunai. Jadi modal bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.
emas pasar siti khadijahEmas-emas yang di pakai oleh akak peniaga Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu) tu ialah simpanan dan modal pusingan mereka. Ia bukan sekadar perhiasan.

#5 – Emas Aset Mudah Alih

Emas ialah aset fizikal yang paling mudah alih (i.e. mobile). Kalau beli tanah atau rumah-rumah sewa, ia memang tak boleh dialihkan. Kalau nak jual pun, ia memakan masa untuk jual. Paling cepat pun proses jual beli akan selesai dalam tempoh 6 – 9 bulan. Ia berbeza dengan emas. Katakanlah kita bertugas di pedalaman Sabah, tiba-tiba dapat pindah balik ke Semenanjung, kita boleh bawa balik emas-emas tu. Kalau berpindah lagi, kita boleh bawa emas tu ke mana sahaja.
Masa peperangan panjang antara US dan Vietnam, ramai rakyat Vietnam lari meninggalkan negara dan jadi pelarian. Mereka jual segala harta yang ada dan ditukarkan kepada kepingan-kepingan emas yang dinamakan Vietnam Kim Thant. Kepingan emas tu bentuknya nipis. Mereka boleh sorokkan dalam jahitan baju. Bila sampai ke negara lain, mereka boleh memulakan hidup baru bermodalkan emas yang mereka bawa. Di saat peperangan begitu, pastinya duit kertas tak lagi bernilai.
emas kim than vietnamEmas menyelamatkan kekayaan pelarian Vietnam zaman peperangan dulu.

#6 – Kekayaan Bertahan Lama

Antara sebab kenapa pentingnya simpan emas ialah kekayaan kita akan bertahan lebih lama. Sejak mula-mula beli emas tahun 2010 dulu, saya tak pernah jual emas-emas saya. Dan saya sendiri tak kira berapa banyak emas yang saya dah beli. Saya beli dan ‘campakkan’ jer dalam safe deposit box. (Saya tak perlu kira setiap tahun sebab emas tu juga saya jadikan stok pusingan bisnes emas saya. Sebagai peniaga emas, saya membayar zakat perniagaan emas, bukan zakat simpanan emas).
Kenapa saya tak kira berapa banyak emas yang saya ada? Salah satu sebabnya, emas saya jadikan sebagai “simpanan untuk dilupakan”. Simpan dan lupa. Dari sudut kewangan, kita kena adakan “simpanan untuk dilupakan”. Kalau asyik ingat-ingat simpanan tu, simpanan tu tak bertahan lama. Nanti asyik rasa nak belanjakan jer duit simpanan tu.
suka kumpul simpan emasKesan psikologi berbeza bila simpan emas.
Dari sudut psikologi, bila simpan emas, kita rasa sayang nak jual. Naluri manusia sejak zaman berzaman memang suka kumpul emas sebab ianya cantik. Berbeza dengan duit kertas. Seronoknya emas pada mengumpul dan menyimpannya, tapi seronoknya duit ialah pada membelanjakannya. Tak ada orang simpan emas yang fikir nak belanjakan emas mereka, tapi orang yang simpan duit mesti terfikir-fikir, di mana nak dibelanjakan duit itu! Jadi itulah sebab kenapa bila simpan emas, kekayaan kita lebih bertahan lama. InsyaAllah.
Wallahu a’lam.


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2015/01/keistimewaan-emas-sebagai-simpanan.html#ixzz3dwaOTmBL